Setiap kali sesuatu bisnes diperkenalkan, soalan paling popular adalah..
Ada modal ke? Berapa modal?
Macam tu juga untuk bisnes eBay. Ramai yang bertanya berapa modal untuk start bisnes di eBay.
Jawapan saya macam ni.
Untuk pemula a.k.a newbie, saya mencadangkan mengeluarkan kos yang seminima mungkin. But.... Sebelum mengeluarkan kos, ada satu step yang lebih penting.
Belajar membuat "KAJIAN PASARAN".
Tujuannya adalah untuk "identify" produk apa yang ramai orang beli di eBay. Cari produk yang ada permintaan yang tinggi.
So aktiviti kajian ini akan mengelakkan anda kerugian dari menjual barang yang tiada permintaan. Faham kan? So kalau anda nak tahu cara untuk buat kajian produk hot di eBay, anda boleh belajar dari panduan ini.
Secara ringkasnya, proses memulakan bisnes eBay adalah seperti ini:
1.Research Market
Anda hanya perlu ikut steps yang diajar dalam panduan export mudah berkenaan cara nak melakukan kajian pasaran. Seterusnya cari produk yang mempunyai jumlah jualan "SOLD" yang tinggi.
Produk di atas merupakan antara yang mendapat permintaan tinggi. Jika anda survey di kedai runcit, harga untuk produk di atas adalah dalam lingkungan RM8.90 sekotak.
2.Listing Produk
Apabila anda sudah jumpa produk yang ada permintaan di eBay, anda perlu listing produk itu di eBay. Setelah siap listing, biarkan dan continue lagi untuk listing produk lain pada hari berikutnya.
3. Apabila Produk Terjual
Selepas produk anda terjual di eBay, anda akan menerima notifikasi yang memberitahu produk anda telah terjual di email yang anda telah daftar. Ini contoh email yang dihantar oleh eBay:
4. Check Pembayaran di Paypal
Seterusnya, anda perlu periksa di akaun Paypal berkenaan pembayaran bagi produk yang terjual. Anda boleh rujuk akaun Paypal seperti gambar dibawah:
Note: Akaun Paypal ini wajib ada kerana ia digunakan untuk transfer duit daripada Luar Negara ke akaun bank kita di Malaysia.
5. Bungkus Parcel
Saya menggalakkan anda menggunakan khidmat Pos Malaysia iaitu Flexipack International. Untuk parcel 250gm harganya just RM20 sahaja.
Selain parcel flexipack, anda juga perlu beli tracking number. Ya, Pos Malaysia menjualnya berasingan. Tujuan nya tak lain tak bukan untuk memudahkan anda dan pembeli untuk membuat semakkan online status penghantaran.
Tulis detail yang diperlukan untuk postage.
6. Pos Parcel
Hantar parcel tersebut ke Pos Malaysia berhampiran dan serahkan di kaunter. Tak perlu buat sebarang bayaran lagi kerana anda sudahpun membeli sampul parcel flexipack international berharga RM20 dan Tracking RM4.50.
Selesai proses order eBay
Jadi,
Berapakah modal untuk memulakan bisnes di eBay? Jawapannya, seminima mungkin dan ianya bergantung pada hasil "research" yang anda telah lakukan.
Senang ke susah bisnes di eBay?… Kacanggg…
Untung ke Rugi bisnes di eBay?.. Beli di kedai runcit harganya RM8.90 dan jual semula di eBay USD17.90 = (RM72.00)
Ini hanya 1 contoh item sahaja yang saya tunjukkan kepada anda. Bayangkan jika anda mampu menjual 30 jenis item/produk yang sama di eBay? Berapa keuntungan? Sehari sahaja anda boleh buat duit dalam RM300 hingga RM500.
Sekian, semoga artikel ini bermanafaat kepada anda.
p/s : Kalau anda ada sebarang pertanyaan tentang bisnes di eBay, anda boleh whatsapp saya di sini: Hubungi saya sekarang
Kredit: usahawanonline.net
0 Comments