Isu ni tengah trending dikalangan newbie yang baru buka akaun di eBay. Belum buat apa-apa lagi eBay dah suspend akaun!
Apa cerita ni?
Ok. Chill sekejap dan jangan panik.
eBay memang akan suspend setiap akaun yang baru dibuat. Jangan lah risau sangat ok. Anda tak buat salah apa-apa pun.
eBay suspend akaun anda sebab mereka nak "verify" akaun anda tu betul manusia yang buat atau robot. Lagi satu, mereka nak pastikan yang anda memang real seller.
Meaning, seller yang legit lah sebab sekarang banyak kes tipu angkara scammer-scammer durjana.
So apa anda perlu buat?
Anda boleh follow step ini :
1. Visit website eBay dan login
2. Skrol paling bawah dan klik Answer centre
3. Seterusnya klik Suspended eBay account
4. Mohon untuk chat dengan eBay support team.
Untuk akaun anda dilepaskan dari tahanan (susupended), eBay akan minta beberapa butiran peribadi dan bisnes.
So anda submit segala dokumen yang pihak eBay mintak seperti IC, Bill elektrik / Air dan resit belian barang yang anda nak jual di eBay.
Tips: Untuk play safe, saya akan simpan stok 1-2 unit. Beli dekat kedai runcit dan mintak resit barang.
Bila akaun kena suspended, saya terus bagi resit pembelian tadi. Tak sampai 1 jam akaun eBay saya dah boleh digunakan semula tanpa masalah sampailah ke hari ini.
Semoga bermanfaat!
0 Comments