Fee yang eBay kenakan terhadap penjual yang perlu anda tahu


Macam mana eBay yang beroperasi sejak berpuluh tahun dulu still boleh kekal sampai sekarang? Apa rahsianya?

Bukan ke eBay ni hanya sekadar platform ecommere yang membantu peniaga online menjual produk ke serata dunia. Nak join percuma pulak tu.

So mana datangnya income ebay?


Salah satu cara eBay mengaut keuntungan adalah dengan mengenakan caj listing terhadap penjual.

Untuk 50 produk pertama yang disenaraikan, eBay tidak mengenakan sebarang caj. Untuk produk yang ke 51 dan seterusnya, eBay akan kenakan caj sebanyak $0.35 USD untuk setiap produk yang kita list di eBay. Laku ataupun tidak, eBay tetap akan kenakan caj.

Untuk mengurangkan kos seperti ini, penjual mempunyai option dengan melanggan eBay store.

Sebagai contoh, dengan melanggan eBay store basic - caj bulanan $27.95 USD, seller akan dapat percuma insertion fee listing untuk 250 produk yang dijual di eBay dan free akses sistem Terapeak.

Secara purata eBay mengenakan caj sebanyak 10% bagi setiap barang yang terjual di Ebay. Untuk kategori Buku, DVDs dan Muzik caj yang dikenakan adalah 12%. Boleh rujuk di laman ebay disini.

Gambar dibawah adalah caj eBay kenakan untuk setiap barang yang terjual mengikut kategori.


Menentukan harga jual produk


Ketika membuat kira-kira kos barang yang ingin dijual, pastikan yuran eBay ini sudah dimasukkan sekali ke dalam kos.

Dalam Panduan Export Mudah ada menerangkan tentang cara-cara untuk mengira kos. Cara-cara untuk lihat berapa caj yang eBay selepas barang terjual seperti dibawah



Jika dilihat barang yang terjual berharga $8.90 USD. Caj yang eBay kenakan adalah 10% iaitu $0.89 USD. Penting untuk tahu kos ini dan ambil kira dalam pengiraan jualan.

Untuk belajar ilmu kira-kira untung rugi menjual di ebay dengan lebih advance sila klik pautan dibawah.


Panduan ini akan membantu anda untuk bijak merancang dan menetapkan harga produk yang nak dijual agar mengurangkan risiko kerugian akibat tersilap letak harga.

Post a Comment

0 Comments